Apakah fasa-fasa tidur?

Sama seperti kita dewasa, bayi melalui fasa-fasa tidur. Walaupun ramai kita merasakan kita tidur secara tidur mati, sebenarnya, kita tidak menjalani tidur nyenyak sepanjang malam, untuk bangun di waktu pagi.
ec098-foto-bayi-baru-lahir-tidur-senyum
Sebaliknya, kita “berpusing” melalui beberapa peringkat tidur, yakni menurun dari fasa mengantuk masuk tidur ringan dan tidur mimpi, sebelum ke fasa tidur nyenyak. Setelah melalui semua ini kita kembali naik ke atas menerusi tidur mimpi dan tidur ringan hingga sampai ke permukaan tidur, sebelum menurun semula.

Tidur mimpi juga dikenali sebagai tidur gerak mata cepat, atau REM (rapid eye movement). Bayi dan orang dewasa melalui kitaran tidur ini sebanyak lima kali sehari.

Fasa-fasa tidur ini menjelma dalam bayi sebelum mereka dilahirkan. Bayi anda telahpun mengalami tidur mimpi semasa dia dalam uterus apabila anda mengandungkan dia enam atau tujuh bulan.

Anda akan dapat melihat perbezaan antara tidur mimpi dan tidur bebas-mimpi yang dimanifestikan olehnya sekarang dengan mudah. Dalam tidur mimpi, anda boleh lihat matanya melompat ke depan dan ke belakang di bawah kelopak mata, manakala lain bahagian badan berdiam tetapi kadangkala berlaku sentakan, di samping pernafasan yang tidak teratur.

Dalam tidur tanpa mimpi, atau tidur lena, bayi anda akan bernafas secara mendalam dan teratur, kadangkala dengan kelohan. Dia akan berbaring diam-diam, dengan melakukan gerakan kecil mulut menghisap atau tergeramang dengan tiba-tiba. Gerakan tergeramang keseluruhan badan secara tiba-tiba ini diberi nama kejutan hipnagogik dan adalah normal.

Ia berlaku bagi kanak-kanak lebih tua dan orang dewasa juga, selalunya semasa anda baru nak lelap. Walaupun tidur diam tanpa mimpi sudah mantap dalam bayi baru lahir, ini berlaku untuk tempoh-tempoh singkat bukan secara terus-menerus seperti kanak-kanak tua dan orang dewasa. Semasa bulan pertama hidupnya, tidur diam menjadi semakin berterusan dan tergeramang juga akan hilang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s